Method Taysir Adalah Mempermudahkan Berasaskan Syara’

Mengikuti manhaj Taysir atau method mempermudahkan bermakna mengikuti manhaj menyenangkan serta memberikan keluasan untuk orang ramai, serta menghilangkan kegelisahan daripada mereka, walaupun pada sebahagian perkara masih terdapat lagi sedikit kesulitan. Ibadah tertentu memang ada sedikit kesulitan atau kesusahan seperti perlunya bangun awal pagi untuk solat subuh dan perlunya menahan diri sepanjang siang ketika berpuasa serta berdebu dan kusut masai ketika melakukan haji. Orang ramai itu ada yang memudahkan dan ada yang menyusahkan. Orang yang “memudahkan” merupakan pengikut manhaj Quran dan Nabi, namun apakah mempermudah serta menyenangkan itu bermaksud menghalalkan perkara…

Read More

Pengenalan Fiqh Taysir

Islam adalah agama yang mudah, syariahnya dibina di atas dasar mempermudahkan serta menghilangkan kesukaran. Didikan Islam kepada manusia pula untuk menyenangkan dan bukan membawa kesengsaraan. Dakwah Islamiahnya pula dibina atas seruan kasih sayang dan kegembiraan, bukannya menakutkan.[1] Pengertian Fiqh Taysir Fiqh Taysir adalah rangkuman dua kalimah iaitu “Fiqh” dan “Taysir”. Kita akan meneliti dari segi bahasa Arabnya setiap kalimah tersebut sebelum menelitinya secara gabungan dalam perbahasan dari segi istilah syaraknya. “Fiqh” menurut bahasa Arab bermaksud al-fahmu – memahami, sama ada memahami dengan mendalam atau tidak.[2] Al-Quran menggunakan kalimah “Fiqh” dengan…

Read More