KEDUDUKAN BAHASA IBUNDA MINORITI DALAM NEGARA MUSLIM DARI PERSPEKTIF ISLAM

1. Pendahuluan Kewujudan sekolah vernakular yang menggunakan Bahasa Ibunda sebagai Bahasa pengantar, merupakan satu situasi yang yang telah diwarisi oleh masyarakat Malaysia sejak zaman penjajah British lagi. Dasar British semasa era penjajahan di Malaysia ialah memberi kelonggaran kepada kaum-kaum yang ada untuk mendirikan sekolah masing-masing menggunakan Bahasa Ibunda kaum-kaum yang wujud ketika itu. Maka selepas mencapai kemerdekaan sekolah-sekolah tersebut terus wujud meskipun telah digubal dasar-dasar berkaitan pendidikan kebangsaan. Sekolah-sekolah vernakular yang wujud lazimnya mengumpulkan secara terasing kaum tertentu di dalam kawasan sekolah sehingga berlaku pengasingan ketara antara kaum Bumiputera, Cina…

Read More