FUNGSI BALA ALLAH

Kalimah bala’ dan pecahannya di dalam Al Quran direkodkan sebanyak 38 kali. Setiap ayat memiliki perinciannya yang tertentu. Bala itu menurut bahasanya juga bermaksud ujian.Terdapat dua ayat yang menjelaskan fungsi bala Allah ini secara umum iaitu : وَقَطَّعْنَٰهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ أُمَمًا ۖ مِّنْهُمُ ٱلصَّٰلِحُونَ وَمِنْهُمْ دُونَ ذَٰلِكَ ۖ وَبَلَوْنَٰهُم بِٱلْحَسَنَٰتِ وَٱلسَّيِّـَٔاتِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ Al-‘A`rāf:168 – Dan Kami pecah-pecahkan mereka (kaum Yahudi itu) berpuak-puak (yang bertaburan di merata-rata) dunia ini. Di antara mereka ada yang soleh dan di antaranya juga yang tidak demikian. Dan kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang…

Read More

PEMIMPIN DAMBAAN UMMAT

Antara 7 golongan yang dijanjikan naungan Arasy Allah di akhirat nanti adalah pemimpin yang adil. Bahkan ianya disebutkan sebagai golongan yang pertama. Mengapa? Barangkali disebabkan untuk mendapatkan sosok tokoh pemimpin yang adil itu terlalu sukar. Ketika perbincangan para Sahabat R.A untuk mencari pengganti bagi Saidina Umar Al Khattab R.A, antara nama yang disebut-sebut adalah anaknya iaitu Abdullah bin Umar. Tidak dinafikan akan kelayakannya, tetapi jawab Umar, tidak sekali-kali untuk ahli keluargaku menjadi khalifah, cukuplah hanya aku! Ini kerana kekhuatiran beliau akan beratnya amanah dan dosa yang akan dipikul di akhirat…

Read More

TRAUMA AUTOKRASI AGAMAWAN DI EROPAH

FASA GELAP EROPAH Era kejatuhan Eropah, atau disebut sebagai fasa kegelapan Eropah ‘The Dark Age’, merupakan sejarah yang penting untuk difahami kerana ia menjadi titik mula kebangkitan Eropah ‘Era Renaissance’ . Tokoh-tokoh yang menjadi pelopor kepada perubahan tersebut mengangkat tema rasional minda dan kajian-kajian yang berpijak dibumi nyata kerana begitu lama minda mereka tertutup oleh kongkongan pemuka Gereja yang menjalankan pemerintahan secara Teokrasi.  Dalam usaha meneliti bagaimana tersebarnya ideologi Barat terhadap umat Islam, perlu juga mengetahui punca kemunculannya. APA ITU PEMERINTAHAN TEOKRASI? Teokrasi merujuk kepada kerajaan yang mengiktiraf Tuhan atau…

Read More