KEJATUHAN UTHMANIAH – TERTUBUHNYA PERSATUAN ITTIHAD WATTARAQI

Revolusi Perancis dan Itali Sewaktu Uthmaniah sedang bergelut dengan pelbagai isu, Eropah juga sedang melalui fasa perubahan dan gerakan revolusi besar-besaran. Antara yang memberi kesan terhadap rakyat Turki adalah revolusi Perancis dan Itali. Revolusi Perancis (1789-1799M) berlaku di era Raja Louis XVI. Topik kewarganegaraan, nasionalisme dan hak rakyat dijadikan picu utama melalui slogan persamaan, kebebasan dan persaudaraan. Perkara ini juga turut diulas oleh Syeikh Habannakah dalam bukunya yang mengaitkan punca revolusi ini dengan campur tangan Yahudi yang mahu bertapak disana. Manakala Revolusi Itali yang bermula pada tahun 1848M di era…

Read More

SULTAN ABDUL HAMID II DAN YAHUDI

Yahudi Daunamah Yahudi Daunamah dari segi bahasanya bermaksud kembali atau murtad iaitu golongan Yahudi yang tinggal di wilayah umat Islam sejak kurun ke 17. Secara khususnya mereka berpusat di wilayah Salonik (Greece), kerajaan Uthmaniah menggelar mereka dengan Daunamah sebagai usaha untuk mengajak mereka kembali kepada Islam. Diasaskan oleh seorang Yahudi yang bernama Sabbatai Zevi yang mendakwa sebagai Al Masih yang ditunggu-tunggu pada tahun 1648M untuk memimpin orang Yahudi dan akan menguasai Palestin sekaligus menjadikan Al Quds sebagai Negara Yahudi. Akan tetapi idea ini masih dilihat asing dan janggal oleh sebahagian…

Read More

TRAUMA AUTOKRASI AGAMAWAN DI EROPAH

FASA GELAP EROPAH Era kejatuhan Eropah, atau disebut sebagai fasa kegelapan Eropah ‘The Dark Age’, merupakan sejarah yang penting untuk difahami kerana ia menjadi titik mula kebangkitan Eropah ‘Era Renaissance’ . Tokoh-tokoh yang menjadi pelopor kepada perubahan tersebut mengangkat tema rasional minda dan kajian-kajian yang berpijak dibumi nyata kerana begitu lama minda mereka tertutup oleh kongkongan pemuka Gereja yang menjalankan pemerintahan secara Teokrasi.  Dalam usaha meneliti bagaimana tersebarnya ideologi Barat terhadap umat Islam, perlu juga mengetahui punca kemunculannya. APA ITU PEMERINTAHAN TEOKRASI? Teokrasi merujuk kepada kerajaan yang mengiktiraf Tuhan atau…

Read More