3 Mac 1924 – Merenungi Kesilapan Umat Terdahulu

Bulan Mac dan Rejab tahun ini menyaksikan suatu perubahan besar dalam negara kita melalui peralihan kuasa di peringkat kerajaan Malaysia, begitu juga masih menanti perubahan di negeri-negeri seluruhnya. Hal ini selayaknya menginsafkan kita terhadap perihal jatuh bangun sesebuah kekuasaan dan tidak akan ada yang mampu bertahan selamanya kecuali kuasa yang Maha Agung iaitulah Allah taala. Firmah Allah SWT : قُلِ ٱللَّهُمَّ مَٰلِكَ ٱلْمُلْكِ تُؤْتِى ٱلْمُلْكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلْمُلْكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُ ۖ بِيَدِكَ ٱلْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ Maksudnya :             ‘Āli…

Read More

PEMIMPIN DAMBAAN UMMAT

Antara 7 golongan yang dijanjikan naungan Arasy Allah di akhirat nanti adalah pemimpin yang adil. Bahkan ianya disebutkan sebagai golongan yang pertama. Mengapa? Barangkali disebabkan untuk mendapatkan sosok tokoh pemimpin yang adil itu terlalu sukar. Ketika perbincangan para Sahabat R.A untuk mencari pengganti bagi Saidina Umar Al Khattab R.A, antara nama yang disebut-sebut adalah anaknya iaitu Abdullah bin Umar. Tidak dinafikan akan kelayakannya, tetapi jawab Umar, tidak sekali-kali untuk ahli keluargaku menjadi khalifah, cukuplah hanya aku! Ini kerana kekhuatiran beliau akan beratnya amanah dan dosa yang akan dipikul di akhirat…

Read More

Peringkat-peringkat Dakwah Islamiyyah Semasa Hidup Rasulullah

Seruan Islam semasa hidup Rasulullah telah menempuhi empat peringkat yang berlainan iaitu: Peringkat pertama: Seruan secara sulit memakan masa selama tiga tahun. Peringkat kedua: Seruan secara terang—terangan tanpa kekerasan, berjalan hingga berlakunya Hijrah. Peringkat ketiga: Dakwah secara terang-terangan menggunakan senjata untuk mempertahankan diri berjalan hingga pembukaan Makkah Al-Mukarramah. Peringkat keempat: Dakwah secara terang-terangan dan mengangkat senjata terhadap mereka yang cuba menghalang perjalanan da’wah. Dalam peringkat inilah dipraktikkan syari’at-syari’at Islam dan perintah berjihad pun diturunkan.[1] Penulisan ini akan hanya memerincikan Peringkat Pertama dan Kedua sahaja. Peringkat Pertama Seruan secara sulit memakan…

Read More