Ustaz Wan Ahmad Rasyidi, Murabithun Yang Tak Didendang

Oleh: Asyraf Hanif Madinah, 12 Jun – Seluruh kepimpinan dan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendapat perkhabaran duka apabila kehilangan murabithun yang cukup penting di dalam parti iaitu Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman. Allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 11.18 pagi (waktu Malaysia jam 4.18 petang) di Hospital Dr. Hamid Sulaiman Al-Ahmadi, Madinah Munawwarah kerana serangan penyakit stroke sejak 26 Mac yang lalu. Allahyarham merupakan seorang petugas PAS yang berkhidmat sepenuh masa menjayakan agenda-agenda yang dibawa PAS. Allahyarham Ustaz Wan Ahmad Rasyidi…

Read More

Zulkifli Muhammad

Nama Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) adalah dinisbahkan kepada seorang tokoh pejuang yang amat berjasa di Malaysia. Almarhum Professor Dato’ Dr Zulkifli Muhammad. Beliau bukan sahaja tokoh politik yang pernah menjawat amanah sebagai Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia dan Ahli Parlimen Bachok, Kelantan; tetapi beliau juga adalah seorang tokoh pendidikan dan sastera. Beliau pernah bersama-sama mengasaskan institusi pengajian tinggi Islam pertama di Tanah Melayu iaitu Kolej Islam Malaysia di atas kapasitinya sebagai Setiausaha Majlis Kolej Islam Malaya dan pensyarah di institusi tersebut. Selain itu beliau pernah diamanahkan sebagai Ahli…

Read More