Peringkat-peringkat Dakwah Islamiyyah Semasa Hidup Rasulullah

Seruan Islam semasa hidup Rasulullah telah menempuhi empat peringkat yang berlainan iaitu: Peringkat pertama: Seruan secara sulit memakan masa selama tiga tahun. Peringkat kedua: Seruan secara terangโ€”terangan tanpa kekerasan, berjalan hingga berlakunya Hijrah. Peringkat ketiga: Dakwah secara terang-terangan menggunakan senjata untuk mempertahankan diri berjalan hingga pembukaan Makkah Al-Mukarramah. Peringkat keempat: Dakwah secara terang-terangan dan mengangkat senjata terhadap mereka yang cuba menghalang perjalanan daโ€™wah. Dalam peringkat inilah dipraktikkan syariโ€™at-syariโ€™at Islam dan perintah berjihad pun diturunkan.[1] Penulisan ini akan hanya memerincikan Peringkat Pertama dan Kedua sahaja. Peringkat Pertama Seruan secara sulit memakan…

Read More

Era Kerasulan Bermula

Khalwat Apabila Allah ingin mendorong seseorang hamba berdakwah kepada kebaikan dan pengislahan, Dia akan mencampakkan ke dalam hatinya, rasa benci kepada kesesatan dan kerosakan yang dilakukan oleh masyarakatnya. Nabi Muhammad SAW tidak pernah bercita-cita menjawat tugas kenabian dan tidak pernah mengimpikannya. Apa yang Allah ilhamkan kepada Baginda hanyalah rasa cinta untuk berkhulwah melakukan ibadat. Allah mengilhamkan perasaan tersebut sebagai proses pembersihan dan persediaan rohani untuk memikul bebanan risalah. Sekiranya Baginda SAW bercita-cita memperolehi kenabian, nescaya Baginda tidak takut ketika wahyu diturunkan kepadanya. Baginda juga tidak akan menemui Khadijah meminta penerangan…

Read More

Rasulullah SAW Meniti Zaman Kepemudaan

Penglibatan Di Dalam Hilful Fudhul. Hilful Fudhul ialah sebuah perjanjian yang dimeterai oleh penduduk Mekah termasuklah Nabi Muhammad untuk mewujudkan urus niaga yang adil. Disebabkan peranan Nabi Muhammad dalam pembentukannya, perjanjian tersebut memainkan peranan yang penting dalam etika Islam.[1] Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Rasulullah bukanlah seorang pemuda yang pasif tetapi amat mengambil berat mengenai apa yang berlaku di dalam masyarakatnya dan berjuang bersama-sama mereka yang ingin menegakkan keadilan melalui perjanjian Hilful Fudhul. Etika keadilan ini di teruskan di era Islam dan sekaligus menunjukkan apa yang dibuat oleh masyarakat…

Read More