PEMBAHAGIAN RUKHSAH MENGIKUT BENTUK-BENTUK PERINGANAN

Rukhsah yang mendapat peringanan/takhfif syarak kebanyakannya dalam keadaan kecemasan terbahagi kepada tujuh bentuk-bentuk peringanan/takhfif, [1] Sebelum dicerakinkan secara mendalam, ringkasnya di paparkan seperti berikut; Peringanan Dengan Pengguguran ( تخفيف اِسقاط ) Peringanan Dengan Pengurangan ( تخفيف تنقيص ) Peringanan Dengan Penukaran ( تخفيف بالابدال ) Peringanan Dengan Mendahulukan ( تخفيف بالتقديم ) Peringanan Dengan Mengakhirkan ( تخفيف بالتأخير ) Peringanan Dengan Situasi Yang Tidak Dapat Dielakkan ( تخفيف بعموم البلوى) Peringanan Dengan Perubahan ( تخفيف بالتغيير ) Rujukan [1] Qawaied Ahkam, karya Ibnu Abdus Salam 2/8, Asybah wa Nazair karya…

Read More

PEMBAHAGIAN RUKHSAH MENGIKUT HUKUM

Mazhab Syafie telah membahagi Rukhsah, secara ringkas, kepada wajib, sunat, harus, dan khilaf aula[1]. Pertama – Rukhsah Wajib Keringanan yang wajib dilakukan, contohnya memakan makanan yang memudaratkan adalah haram dan meminum minuman yang diharamkan, ini adalah pendapat as-Sahih serta al-Masyhur dalam mazhab Syafi’i, dan ada juga pendapat menyatakan memakan makanan yang memudaratkan atau meminum yang minuman yang diharamkan adalah dibenarkan berdasarkan kaedah; القول بالوجوب يتنافي مع الترخيص Pandangan yang mewajibkan adalah menafikan pengambilan keringanan Kewajipan adalah bercanggah dengan pemberian Rukhsah, kerana Rukhsah dibina berdasarkan peringanan, sedangkan kewajipan dibina berdasarkan kefarduan,…

Read More

BEZA RUKHSAH DENGAN TATABU’ RUKHAS

Rukhsah adalah berbeza dengan mencari-cari Rukhsah(Tatabu’ Rukhas). Tatabu’ Rukhas bermakna seseorang mencari mazhab yang paling senang dengan mempergunakan khilaf di kalangan mujtahid dengan mencampur adukkan pandangan mujtahid. Contohnya seorang yang hendak berkahwin tetapi tidak mahu menggunakan wali dalam pernikahannya dengan alasan wali bukan syarat dalam mazhab Hanafi, kemudian tidak mahu menggunakan dua orang saksi dengan alasan saksi bukannya kewajipan dalam mazhab Maliki. Mencari-cari Rukhsah(Tatabu’ Rukhas) seperti ini adalah diharamkan. Ia jelas mempermainkan agama. Dianggap juga mencari-cari Rukhsah iaitu perkara-perkara yang sesetengah mereka mengira ia termasuk kesilapan para ulama seolah-olah dia…

Read More