Fahaman Sekularisme

Kitab : Fahaman dan Ideologi umat Islam
Menurut Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang

Firman Allah SWT :

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ ۖ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ ۚ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

“Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu”, maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)”.
{Surah An-Nahl : 36}

⚫ Sejarah kemunculan Sekularisme

Perkataan sekular berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud Tiada agama atau bersifat duniawi.

Terjemahan Sekular daripada Bahasa Arab bermaksud Al-Ilmaniah (dunia).

Orang Arab yang beragama kristian cuba untuk mengelirukan umat Islam dengan mendakwa kononnya sekular ini berasal dari perkataan ilmu dan membuat alasan bahawa ajaran ini didakwa bersumberkan ilmu dunia yang memberi kemajuan kepada manusia.

Ideologi ini tercetus ketika perbalahan hebat yang berlaku antara pemimpin-pemimpin kerajaan terhadap paderi-paderi gereja.

Paderi gereja lebih mementingkan diri sendiri kemudian melawan pemerintah yang hasilnya melahirkan fahaman memisahkan agama dan kehidupan supaya politik bersih dari agama.

⚫ Pengasas fahaman Sekularisme

Sekularisme ini diasaskan oleh golongan yahudi yang berlaku pada Revolusi Perancis 1789

Kemudian ia berkembang sehingga ke benua Eropah untuk menyekat pengaruh gereja dalam pemerintahan

Antara tokoh yang menggerakkan fahaman Sekularisme :

1. Rene’ Descartes
2. Baruch de Spinoza
3. Jean Jacques Rousseau

⚫ Ajaran yang dibawa oleh golongan Sekularisme

1. Menolak agama secara keseluruhan dan juga menolak kewujudan Allah SWT kemudian terdapat sebahagian yang beriman kepada Allah tetapi tidak mengambil urusan duniawi

2. Melemparkan fitnah atau tuduhan dan menakuti umat Islam supaya tidak melaksanakan perundangan Islam

3. Menggalakkan cara hidup yang bercanggah dengan Islam

4. Membuat sekatan antara ilmu rohani dengan ilmu material (kebendaan)

5. Kehidupan hanya bergantung kepada ilmu sains semata-mata mengikut logik akal dan hipotesis (kajian)
6. Memisahkan agama dengan politik (pemerintahan)

7. Melaksanakan dasar Pragmatisme (mencari kesempatan)

⚫ Pengaruh Sekularisme kepada umat Islam

Fahaman ini dibawa masuk ke dalam masyarakat Islam ketika berlakunya penaklukan negara-negara Islam.

Antara tujuan fahaman Sekularisme :

1. Mengikis fahaman Aqidah
2. Mengikis perundangan Islam
3. Mengikis Akhlak

Kesemua tujuan ini dilaksanakan secara beransur-ansur.

Penyebaran fahaman Sekularisme juga terjadi dalam pengaruh masyarakat :

1. Pendidikan
2. Pelajaran
3. Penyebaran Media

⚫ Gerakan Sekularisme dalam negara Islam

Khadiwi Ismail telah memasukkan perundangan Perancis dalam perundangan Mesir pada tahun 1883

Golongan Sekular melakukan pelbagai usaha supaya India tidak melaksanakan perundangan Islam bermula tahun 1971

Algeria dipaksa tidak mematuhi perundangan Islam ketika dijajah oleh Barat tahun 1830

Kamal Atartuk telah menggulingkan pemerintahan kerajaan Ustmaniyah di Turki kemudian diikuti dengan Iraq dan Syria

Malaysia dan Indonesia juga sudah memiliki pengaruh Sekular yang ditinggalkan oleh Barat ketika era penjajahan

⚫ Kesimpulan

Berdasarkan fahaman Sekularisme ini kita boleh nampak kesan yang sangat besar terhadap perundangan Islam yang agenda utama memang ingin menyekat pengaruh Islam untuk dilaksanakan serta perlunya umat Islam untuk berhadapan dengan serangan pemikiran yang sangat mudah mempengaruhi manusia pada era modenisasi yang berlaku pada zaman ini.

Muhammad Muarrif Bin Amran Sharip
Subjek Aliran Pemikiran
23 Oktober 2019

Related posts

Leave a Comment