Fiqh Taysir dan Hubungannya Dengan Situasi Umat Islam Masa Kini

Tekanan-tekanan semasa serta banyaknya fitnah yang timbul di kalangan ummah, menyebabkan setiap masyarakat tersebut mempunyai masalah mereka sendiri. berbezanya tempat, negara, keturunan dan bangsa menyebabkan berbezanya masalah dan fitnah yang timbul.

Maka, adakah fiqh ini berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain? atau adakah boleh kita memudahkan kepada sebuah masyarakat atau kepada orang ramai di sesuatu tempat sedangkan perkara ini tidak berlaku kepada masyarakat lain?

Secara asasnya sikap mempermudah adalah dituntut sebagai manhaj yang berterusan.  Moto “Permudahkanlah dan jangan mempersulitkan” adalah asas.

Tetapi terdapat segolongan manusia lebih berhak dengan manhaj Taysir ini serta lebih memerlukannya dari golongan lain. Sebagai contoh, sesebuah masyarakat yang kurang beragama tidak serupa dengan masyarakat yang berpegang kuat dengan agama. Begitu juga dengan kedudukan minoriti atau majoriti umat Islam disesuatu tempat, ia amat memberikan kesan kepada penggunaan Fiqh Taysir.

Umat Islam yang menjadi golongan minoriti di negeri-negeri pemukiman mereka adalah memerlukan Fiqh Taysir. Umat Islam merupakan komuniti yang minoriti di Eropah, Amerika, dan Timur Jauh adalah berhajat agar syariat memudahkan mereka. Maka mereka telah menubuhkan “Majlis Fatwa Eropah”.

Adakah pengamalan Islam untuk penduduk Eropah, Amerika, dan Timur Jauh ada keistimewaan dan pengecualian khas?!!

Tidak, tetapi mereka ini berhajat kepada peringanan yang lebih dari orang lain, kerana orang yang lemah itu adalah perlu diberikan perhatian agar kita meringankannya lebih dari orang lain, sedang masyarakat-masyarakat dunia adalah berbeza-beza dari sudut kesulitan, yang sangat berhajat kepada rukhsah serta pemudahan melebihi orang lain.

Oleh itu, kita akan dapati banyak fatwa yang di keluarkan oleh Majlis Fatwa Eropah agak terlalu ringan jika dibandingkan dengan fatwa di negara-negara majoriti umat Islam.

Related posts

Leave a Comment