Keadaan Nabi Semasa Kecil

Seorang Anak Yatim

Baginda membesar sebagai anak yatim. Bapa Baginda, Abdullah telah meninggal dunia ketika ibu Baginda baru mengandungkan Baginda dua bulan. Apabila Baginda berusia 6 tahun, ibu Baginda, Aminah pula meninggal dunia.

Oleh itu, semasa kecil Baginda SAW telah merasai pahit maung tidak mendapat belaian kasih sayang ibu bapa. Selepas itu, Baginda telah dipelihara oleh datuk Baginda, Abdul Muttalib.

Ketika berumur 8 tahun, datuk Baginda pula meninggal dunia. Dengan itu Baginda selanjutnya dipelihara oleh bapa saudara Baginda, Abu Talib sehingga Baginda besar dan dewasa.

Keyatiman Baginda ini telah disebut oleh al-Quran al-Karim dengan firman Allah Taala:

أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَىٰ

Bukankah dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu dia melindungimu?[1]

Hikmah Nabi Muhammad SAW dilahirkan dengan keadaan yatim piatu. Sesudah itu datuknya pula meninggal. Peristiwa ini menyebabkan RasuluLlah hidup di peringkat kecilnya tanpa mendapat kasih sayang ayah dan ibu dan jagaan serta perhatian yang sewajar dari seorang bapa.

Hikmah Nabi Muhammad SAW dilahirkan dengan keadaan yatim piatu. Sesudah itu datuknya pula meninggal. Peristiwa ini menyebabkan RasuluLlah hidup di peringkat kecilnya tanpa mendapat kasih sayang ayah dan ibu dan jagaan serta perhatian yang sewajar dari seorang bapa.

Kesemuanya ini bukan berlaku secara kebetulan sahaja tetapi segala-galanya ini adalah mengikut apa yang telah digariskan oleh Allah Subhanahu Wata’ala untuk masa depan RasuluLlah SAW dan ini adalah sebahagian dan hikmat Ilahi, agar tidak sesiapa pun menaruh sangkaan buruk bahawa seruan Nabi Muhammad ini adalah ilham dan latihan ibunya semasa menyusu ataupun hasil dan tunjuk ajar dari bapa dan datuknya kerana datuknya ‘Abdul Muttalib adalah manusia yang terkemuka di kalangan kaumnya. 

Sudah menjadi adat dan resam alam, datuk atau bapa akan menurunkan warisan kepada cucu atau anak di bawah jagaan mereka. Tetapi suratan Ilahi tidak membiarkan kesempatan kepada mereka yang engkar dan bertujuan jahat, kerana RasuluLlah SAW telah dibesarkan dan dipelihara jauh dari jagaan dan peliharaan ibu bapa.

Demikian juga di masa Baginda masih bayi. Sebagai satu lagi hikmat Ilahi Baginda telah dikirimkan ke kampung di bawah peliharaan Bani Sa’ad. Selepas datuknya meninggal dunia maka tanggungjawab memelihara terserah kepada bapa saudaranya pula, Abu Talib. Datuknya sempat memikul tanggung jawab itu hanya dalam masa tiga tahun sahaja.

Sebagai kesimpulan kepada hikmat Ilahi tadi, disudahi dengan penolakan dan keengganan Abu Talib menerima dan memeluk agama Islam, agar tidak disyaki orang lagi bahawa Abu Talib sedikit sebanyak memain peranan penting dalam usaha mengasuh RasuluLlah SAW

Beginilah arus hikmat Ilahi yang mahukan Rasulullah SAW hidup dengan keadaan yatim piatu. Hanya arahan dan jagaan Ilahi sahaja dapat menjauhkan tangan-tangan yang cuba memanjakannnya dengan wang, harta kekayaan dan yang cuba memewahkan kehidupannya. Ini berlaku supaya jangan timbul di jiwanya semangat kebendaan atau gilakan pangkat.

Sifat Kanak-kanak Terpilih

Rasulullah SAW menghabiskan empat tahun pertama zaman kanak-kanak di padang pasir, di perkampungan Bani Saad. Oleh itu, Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda dengan baik sekalipun masih kecil usianya. Bakat-bakat Baginda terasah dalam kemurnian dan keheningan padang pasir, dibawah kilauan pancaran matahari dan udara yang bersih.

Keunggulan Baginda telah diketahui sejak kecil lagi. Tampak pada raut wajahnya tanda-tanda kecerdikan yang menimbulkan rasa sayang kepada sesiapa yang melihat Baginda.

Apabila Rasul SAW datang ke majlis datuknya semasa zaman kanak-kanak, Baginda duduk di atas tilam datuknya. Sedangkan jika datuknya duduk di atas tilam itu, tiada seorangpun anak-anaknya (bapa saudara Rasulullah) akan duduk di atasnya. Oleh itu, bapa-bapa saudara Baginda cuba menariknya daripada tilam tersebut. Lantas Abdul Muttolib berkata: “Biarkan cucuku ini. Demi Allah dia memiliki keistimewaan”.[2]

Penggembala Kambing

Pada awal remaja, Baginda SAW mengembala kambing untuk penduduk Makkah dengan bayaran upah beberapa qirat (1/24 dinar). Baginda bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا بَعَثَ اللَّهُ نَبِيًّا إِلَّا رَعَى الْغَنَمَ فَقَالَ أَصْحَابُهُ وَأَنْتَ فَقَالَ نَعَمْ كُنْتُ أَرْعَاهَا عَلَى قَرَارِيطَ لِأَهْلِ مَكَّةَ

Semua Nabi yang diutuskan Allah pernah mengembala kambing. Maka sahabat Baginda bertanya kepadanya: Kamu juga wahai Rasulullah? Lantas Baginda menjawab: Aku juga begitu. Aku pernah mengembala kambing untuk penduduk Makkah dengan upah beberapa qirat[3]

Tidak ada seorang nabi yang Allah utus kecuali pernah menggembala kambing. Seluruh nabi yang Allah utus menggembala kambing, agar mereka mengetahui dan berlatih mengurus dan mengatur dengan baik.

Allah mengatur kambing sebagai haiwan gembala mereka, kerana penggembala kambing akan mendapatkan ketenangan, kelembutan dan kasih sayang. Hal ini karena ia menggembalakan haiwan ternak yang lemah, berbeza dengan penggembala unta, kerana penggembala unta lebih banyak memiliki kekerasan dan kekasaran. Ini memang karena unta sendiri kasar, kuat dan keras.

Rujukan :

[1] Surah Ad Dhuha ayat 6.

[2] Dr Ramadhan Buti, Fiqh al-Sirah,

[3] Hadis Bukhari, no 2102


Related posts

Leave a Comment