KEJATUHAN UTHMANIAH – TERTUBUHNYA PERSATUAN ITTIHAD WATTARAQI

Revolusi Perancis dan Itali

Sewaktu Uthmaniah sedang bergelut dengan pelbagai isu, Eropah juga sedang melalui fasa perubahan dan gerakan revolusi besar-besaran. Antara yang memberi kesan terhadap rakyat Turki adalah revolusi Perancis dan Itali.

Revolusi Perancis (1789-1799M) berlaku di era Raja Louis XVI. Topik kewarganegaraan, nasionalisme dan hak rakyat dijadikan picu utama melalui slogan persamaan, kebebasan dan persaudaraan. Perkara ini juga turut diulas oleh Syeikh Habannakah dalam bukunya yang mengaitkan punca revolusi ini dengan campur tangan Yahudi yang mahu bertapak disana.

Manakala Revolusi Itali yang bermula pada tahun 1848M di era pemerintahan Raja Charles Albert yang berpusat di Austria. Gerakan tersebut dipelopori oleh Giuseppe Mazzini

Anak muda Turki mula mencatur

Penubuhan Persatuan Ittihad dan Taraqqi di Turki oleh anak muda yang terkesan dengan kedua revolusi di atas. Bermula pada tanggal 1865M, sekumpulan 6 orang anak muda berkumpul di satu taman di Istanbul yang dikenali hutan Balghard (Belghard Forest).

Mereka berbicara soal politik hingga membawa kepada idea menubuhkan satu gerakan bawah tanah seumpama yang dilakukan oleh Matzini atas nama kesatuan Itali. Mereka menamakan perkumpulan tersebut dengan nama Ittifaq Al Hamiyyah. Antara yang menjadi pelopor gerakan ini alah seorang ahli sastera yang menjadi terkenal iaitu Namiq Kamal. Untuk memastikan gerakan ini dikenali seantero Turki, ia perlu dimunculkan dengan wajah politik sebagaimana yang berlaku di Eropah. Lalu mereka menamakannya sebagai Parti Anak Muda Turki ( Hizbu Turkiya Al Fatah) menjadikan ia meluas di Eropah.

3 orang daripada penggeraknya berpindah ke Perancis iaitu Namiq Kamal, Muhammad Dhiya’ dan Ali Sa’awi dan menubuhkan Persatuan Al Uthmaniyun Al Judud (New Ottoman) di sana. Namiq Kamal sebagai individu paling berpengaruh dengan karya sastera dan falsafahnya berjaya menarik perhatian ramai. Sehingga membawa kepada penubuhan tanzimat iaitu rombakan sistem perundangan dan perlembagaan Uthmaniyah yang banyak terinspirasi melalui Perlembagaan Napoleon ketiga di Perancis melalui kerjasama erat beliau bersama Menteri Madhat Pasha.

Tanggal 1889M tertubuhnya kesatuan pelajar di Sekolah Tentera Perubatan (Military Medical School) yang berusaha keras mengajak pelajarnya untuk menentang pemerintah dan membawa aspirasi New Ottoman. Dipelopori oleh Ibrahim Temu yang terkesan dengan gerakan Freemason Itali.

Kesemuanya memang menjadikan Eropah sebagai kiblat dalam usaha menjatuhkan Sultan Abdul Hamid dan sekolah tentera sebagai medium yang paling berkesan untuk menyatukan anak muda, hingga membawa kepada tertubuhnya Persatuan Ittihad wattaraqqi.

Sungguh, elemen sebegini perlu disedari dan menjadi pengajaran penting untuk tidak mengabaikan anak muda yang juga mempunyai jiwa sayangkan negara, bangsa dan agama. Malangnya, ia menjadi picu pemusnah negara.

Rujukan

Daulah Uthmaniah Dr Ali As Solabi

Related posts

Leave a Comment