Method Taysir Adalah Mempermudahkan Berasaskan Syara’

Mengikuti manhaj Taysir atau method mempermudahkan bermakna mengikuti manhaj menyenangkan serta memberikan keluasan untuk orang ramai, serta menghilangkan kegelisahan daripada mereka, walaupun pada sebahagian perkara masih terdapat lagi sedikit kesulitan.

Ibadah tertentu memang ada sedikit kesulitan atau kesusahan seperti perlunya bangun awal pagi untuk solat subuh dan perlunya menahan diri sepanjang siang ketika berpuasa serta berdebu dan kusut masai ketika melakukan haji.

Orang ramai itu ada yang memudahkan dan ada yang menyusahkan. Orang yang “memudahkan” merupakan pengikut manhaj Quran dan Nabi, namun apakah mempermudah serta menyenangkan itu bermaksud menghalalkan perkara haram dan menggugurkan beberapa kewajipan daripada umat manusia? Ini bukanlah apa yang diinginkan,… tetapi yang diinginkan ialah kemudahan yang berasaskan syara’.

Allah SWT berfirman:

يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ

Allah menghendaki kemudahan untuk kamu dan tidak menghendaki kesukaran untuk kamu. (ِAl-Baqarah:185)

Ia juga dapat ditelusuri dari pesanan Rasulullah s.a.w. kepada Abu Musa al-Asy’ari serta Muaz bin Jabal  r.a. ketika Baginda mengutus keduanya ke Yaman:

َسِّرَا وَلَا تُعَسِّرَا وَبَشِّرَا وَلَا تُنَفِّرَا وَتَطَاوَعَا وَلَا تَخْتَلِفَا

Permudahkan dan jangan menyusahkan, berilah berita yang menggembirakan dan jangan menakut-nakutkan, patuhlah kamu dan jangan berselisih”. (Hadis muttafaq alaihi)

Nabi s.a.w. berpesan:

يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُوا

Permudahkan dan jangan menyusahkan, berilah berita gembira dan jangan kamu kamu membuat mereka lari”. (Hadis riwayat Bukhari no. 67)

Ketika masuk seorang arab Badawi ke dalam masjid dan dia telah kencing di dalam masjid, orang ramai marah kepadanya.

فَقَالَ لَهُمْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعُوهُ وَهَرِيقُوا عَلَى بَوْلِهِ سَجْلًا مِنْ مَاءٍ أَوْ ذَنُوبًا مِنْ مَاءٍ فَإِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِينَ وَلَمْ تُبْعَثُوا مُعَسِّرِينَ

Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Janganlah kamu semua membuatnya menjadi bertambah teruk, dan jangan kamu hentikan kencingnya. Biarkan dia, kemudian tuangkan ke atasnya air”. Maksudnya satu baldi air. “Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk mempermudahkan dan bukan untuk menyusahkan”. Hadis riwayat Bukhari no. 213

Masjid Nabawi pada zaman itu tidak direntangkan karpet seperti masjid-masjid di zaman kita, hanya batu kerikil. Maka Baginda memberitahu mereka bahawa masalah ini penyelesaiannya adalah mudah. Bawa ke sini satu baldi air, tuangkan ke tempat itu air, kemudian biarkan hilang baunya, dan ia mengering serta menjadi kering.

Inilah dia metod Taysir, iaitu metod Nabi ketika kita mempermudahkan orang ramai dalam menguruskan isu-isu fiqh, maka kita sedang mengikut metod Nabi Muhammad malah kita sedang mengikuti metod Al-Quran, kerana Al-Quran sendiri menerangkan kepada kita bahawa Allah mengikat hukum-hukumNya dengan proses memudahkan, dengan keringanan.

Ketika Al-Quran berbicara mengenai puasa serta rukhsah-rukhsah/keringanan puasa, contohnya rukhsah berbuka puasa, orang yang musafir berhak berbuka puasa, dan demikian juga orang yang sakit. Al-Quran menyatakan:

يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ

Allah menghendaki kemudahan untuk kamu dan tidak menghendaki kesukaran untuk kamu. (Al-Baqarah:185)

Berkenaan hukum-hukum bersuci, mengenai tayamum, dinyatakan:

مَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلَٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatNya bagimu, supaya kamu bersyukur. (ِAl-Maidah:6)

Dalam menjelaskan hukum wanita-wanita yang haram dikahwini, Quran menyatakan:

يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُبَيِّنَ لَكُمْ وَيَهْدِيَكُمْ سُنَنَ ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ وَيَتُوبَ عَلَيْكُمْ ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Allah hendak menerangkan (hukum syari’at-Nya) kepadamu, dan menunjukimu kepada jalan-jalan orang yang sebelum kamu (para Nabi dan Salihin) dan (hendak) menerima taubatmu. dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (ِِAn-Nisa:26)

Ini menunjukkan kemudahan yang jelas sehingga Al-Quran menyatakan:

يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُخَفِّفَ عَنكُمْ ۚ وَخُلِقَ ٱلْإِنسَٰنُ ضَعِيفًا

Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah. (an-Nisa:28)

Langkah “memudahkan” dan  ”meringankan” adalah sebagai timbangrasa untuk kelemahan sifat manusia, dan insan itu berhajat kepada langkah memudahkan ini dalam setiap ibadah serta muamalat yang wajar menerima keringanan.

Rasullullah s.a.w. telah datang membawa manhaj peringanan ini. Ia merupakan sifat Rasulullah yang dinyatakan di sisi Ahli Kitab di dalam Taurat dan Injil sebagaimana disebut dalam Al-Quran:

يَأْمُرُهُم بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَىٰهُمْ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ ٱلْخَبَٰٓئِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَٱلْأَغْلَٰلَ ٱلَّتِى كَانَتْ عَلَيْهِمْ

Yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. (Al-A’raaf:157)

Baginda datang untuk menghilangkan beban-beban, pentaklifan-pentaklifan yang sukar yang dahulunya dikenakan ke atas Ahli Kitab sudah tidak dikira dalam agama Islam malah di antara doa umat Islam yang diajar oleh Allah kepada orang-orang beriman yang disebut pada penutup surah al-Baqarah, dan disebut dalam hadis sahih bahawa Allah pasti mengkabulkan doa ini.

رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.”  (Al-Baqarah:286)

Segala pentaklifan yang sukar yang dahulu dikenakan ke atas umat sebelum kita telah pun diabaikan serta diringankan untuk kita. Allah menyatakan:

رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.

Untuk itu Allah telah mengangkat daripada umat ini kesalahan, kelupaan serta apa yang dipaksa ke atasnya, kesemua ini merupakan perkara-perkara yang dimudahkan untuk umat ini.

Metod/manhaj ini adalah diperintahkan ke atas kita, bermakna bukanlah kita yang mereka-rekanya atau kita yang membawanya daripada diri kita sendiri. Inilah yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya. Kita mestilah mengikuti metod Taysir ini, dengan tidak bersikap rigid.

Siri Pengenalan Fiqh Taysir :

Related posts

Leave a Comment