PEMBAHAGIAN RUKHSAH MENGIKUT HUKUM

Mazhab Syafie telah membahagi Rukhsah, secara ringkas, kepada wajib, sunat, harus, dan khilaf aula[1].

Pertama - Rukhsah Wajib

Keringanan yang wajib dilakukan, contohnya memakan makanan yang memudaratkan adalah haram dan meminum minuman yang diharamkan, ini adalah pendapat as-Sahih serta al-Masyhur dalam mazhab Syafi’i, dan ada juga pendapat menyatakan memakan makanan yang memudaratkan atau meminum yang minuman yang diharamkan adalah dibenarkan berdasarkan kaedah;

القول بالوجوب يتنافي مع الترخيص

Pandangan yang mewajibkan adalah menafikan pengambilan keringanan

Kewajipan adalah bercanggah dengan pemberian Rukhsah, kerana Rukhsah dibina berdasarkan peringanan, sedangkan kewajipan dibina berdasarkan kefarduan, dan kefarduan adalah menuntut ketegasan.

Oleh itu diriwayatkan daripada al-Kiya al-Harasi[2] pendapat bahawa memakan bangkai bagi orang yang terpaksa merupakan azimah bukan Rukhsah sama seperti berbuka puasa bagi orang sakit dalam bulan Ramadan dan seumpamanya[3], sebagai mengelakkan diri dari terlibat dalam kontradiksi atau pertentangan.

Kelihatan daripada apa yang zahir bahawa perselisihan yang berlaku hanyalah dari segi lafaz Rukhsah dan azimah sahaja. Oleh itu memakan daging babi bagi orang yang terpaksa dikira Rukhsah yang mana keizinan diberikan selepas larangan, dan ia dikira azimah yang mana ia adalah proses menghidupkan nyawa yang dituntut dalam bentuk ilzam atau wajib, bersandar kepada ayat:

وَلَا تَقْتُلُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. (Surah an-Nisa ayat 29)

Tiada kontradiksi, dalam situasi ini sebenarnya apa yang memberi makna ketiadaan larangan menggeneralisasikan Rukhsah kepadanya dari satu sudut dan ketiadaan larangan menggeneralisasikan azimah kepadanya dari sudut lain: kerana dari sudut penegakan dalil kita menamakannya Rukhsah, dan dari sudut kewajipan kita menamakannya azimah.

Kedua - Rukhsah Sunat

Keringanan yang tidak wajib diambil tetapi sangat wajar. Seperti qasar atau memendekkan solat bagi musafir yang perjalanannya sampai tiga hari atau lebih, dan berbuka puasa dalam di bulan Ramadan dinisbahkan kepada musafir yang puasa menyukarkannya, dan bersejuk-sejuk pada waktu zohor, dan memandang kepada wanita yang dipinang[4]

Ketiga - Rukhsah Harus

Seperti akad-akad istihsan seperti akad jual beli secara Salam[5] dan Musaaqaat[6], yang diperlukan untuk mengizinkannya.

Keempat - Rukhsah Yang Diaplikasi Secara Khilaful Aula

Khilaful Aula adalah meninggalkan perkara yang melakukannya lebih baik atau melakukan perkara yang meninggalkannya lebih baik walaupun tiada sebarang larangan terhadapnya.

Ada perkara dalam agama yang tidak dapat kita letakkan hukum haram atau makruh padanya, tetapi sekadar berkata itu menyalahi keutamaan.  

Sebagai contoh:       
Bercakap ketika berwuduk atau mandi wajib    suatu perkara yang harus.

Meskipun hukumnya harus tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya tak perlu bercakap.

Menunaikan solat tanpa azan atau iqamat adalah harus.        
Meskipun hukumnya harus, tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya azan atau iqamat terlebih dahulu.

Rujukan

[1] Asybah wa Nazair, Sayuti, muka 82.

[2] Beliau adalah Ali bin Muhammad bin Ali: Imaduddin Abu al-Hassan, ahli fiqh pakar usul fiqh, ahli kalam dari ulama Syafie, meninggal tahun 504H. (Mukjam Muallifin: Amru Redha Kahalah, 7/220).

[3] Salm Wusul ila Nihayah Saul, Muhammad Bakhit al-Muthi’ie, Nihayah Saul (karya Isnawi) 1/121.

[4] Tamhid, karya Ibnu Abd al-Bar, 2/171.

[5]  Salam dan Salaf dengan makna yang sama, iaitu: menjual sesuatu yang dinyatakan sifatnya dalam perjanjian dengan harga yang dibayar terlebih dahulu. Pada aplikasi masakini seperti jual beli secara tempahan.

[6] Musaaqaat: berinteraksi antara dua pihak mengenai pokok atau tanaman, kebiasaannya pemerintah dengan petani. Pemerintah memberi komitmen dengan pengairan dan pembiakan dengan syarat bahawa buahnya yang diberikan rezeki oleh Allah dibahagikan antara kedua pihak, asalnya adalah hadis Rasulullah saw (Memberikan Khaibar satu perdua atau setengah dari buah-buahan atau tanaman yang keluar darinya). (Taarifaat karya al-Jurjani:120, Fiqh Muyassar, Ahmad A’syur, ms 177,195, 199, Maktabah Quran, Kaherah, tanpa tarikh).

Related posts

Leave a Comment