Peringkat-peringkat Dakwah Islamiyyah Semasa Hidup Rasulullah

Seruan Islam semasa hidup Rasulullah telah menempuhi empat peringkat yang berlainan iaitu:

Peringkat pertama:

Seruan secara sulit memakan masa selama tiga tahun.

Peringkat kedua:

Seruan secara terang—terangan tanpa kekerasan, berjalan hingga berlakunya Hijrah.

Peringkat ketiga:

Dakwah secara terang-terangan menggunakan senjata untuk mempertahankan diri berjalan hingga pembukaan Makkah Al-Mukarramah.

Peringkat keempat:

Dakwah secara terang-terangan dan mengangkat senjata terhadap mereka yang cuba menghalang perjalanan da’wah. Dalam peringkat inilah dipraktikkan syari’at-syari’at Islam dan perintah berjihad pun diturunkan.[1]

Penulisan ini akan hanya memerincikan Peringkat Pertama dan Kedua sahaja.

Peringkat Pertama

Seruan secara sulit memakan masa selama tiga tahun.[2]

Nabi Muhammad SAW pun telah memulakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan ke atas baginda iaitu berda’wah secara sulit, menyeru manusia ‘Arab supaya menyembah Tuhan yang Maha Esa dan menyingkirkan penyembahan berhala. Ianya dijalankan secara sulit agar kafir Quraisy tidak terperanjat dengan seruannya ini kerana mereka semua terlalu fanatik dengan penyembahan berhala.

Sebagai langkah yang pertama diajaknya mereka yang karib dengan baginda sahaja atau mereka yang kenal dan rapat dengan baginda. Di antara mereka yang muh-mula menyabut seruan baginda ialah Sayyidatina Khadijah RAH, ‘Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harithah (orang suruhan dan anak angkatnya), Abu Bakar bin Qahafah, “Uthman bin ‘Affan, Al-Zubair bin Al-‘Awwam, ‘Abdul Rahman bin ‘Auf, Sa’ad bin Abi Waqqas dan mereka yang lain RadiyaLlahu ‘anhum.

Semua mereka ini telah bertemü dengan RasuluLlah secara sulit. Bila mereka hendak melakukan ‘ibadat mereka akan pergi ke lorong-lorong Makkah yang jauh dan pandangan orang orang Quraisy maka di sanalah mereka akan mengerjakan ‘ibadat.

Ketika pemeluk agama Islam meningkat tiga puluh orang lelaki dan perempuan maka RasuluLlah SAW pun telah memilih satu tempat yang agak terpencil sedikit iaitu di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam dan di rumah itulah RasuluLlah menyampaikan segala ta’limat tunjuk ajar dan nasihat. Seruan ini telah berjaya memberi hasil yang memuaskan di mana hampir empat puluh orang telah menyahut seruan Islam.

Oleh yang demikian adalah wajar sekali kepada para penda’wah di setiap zaman menjalankan polisi dan tektik yang sesuai secara rahsia atau berterus—terang menggunakan kekuatan atau berlemah-lembut mengikut keadaan dan suasana. Inilah polisi dan kesesuaian (fleksibiliti) yang telah digariskan oleh syari’at iaitu empat garis dan corak dan perjalanan RasuluLlah.

Tidak boleh berda’wah bersembunyi-bunyian dalam keadaan yang memerlukan terus-terang, tidak boleh bentolak ansur dengan seteru yang dipandang boleh menggunakan kekerasan dan tidak boleh berdiam diri untuk menentang orang kafir bila keadaan dan suasana membenarkan.

Kerana itu juga para jumhur fuqaha’ memutuskan; bahawa apabila muslimin berada dalam keadaan lemah kerana bilangan anggotanya masih sedikit, dan berkeyakinan bahawa mereka akan dibunuh tanpa dapat bertindak balas sesuatu terhadap musuh, maka dalam keadaan begitu hendaklah diutamakan maslahah menjaga diri, kerana tipu muslihah dalam penjuangan merupakan maslahah menjaga kepentingan agama, sama ada yang diijtihad itu tepat atau tidak tepat.

Ringkasnya: Adalah wajib berdamai atau merahsiakan da’wah, sekiranya da’wah cara terbuka atau berperang, boleh membawa kemudharatan atau kerugian. Tetapi tidak harus pula merahsiakan da’wah jika keadaan membenarkan dan memberi faedah. Tidak harus juga berdamai dengan orang orang zalim dan orang-orang yang menunggu peluang untuk melakukan kezaliman, kalau sudah berkemampuan dan sudah lengkap kemudahan kekuatan dan pertahanan, di saat itu tidak harus mengundur diri dan berjihad (perang) terhadap kafirin bila sudah cukup segala persiapannya.

Sebagai hikmat Ilahi yang terkandung di dalam hakikat agama ini di mana penganut-penganut terdiri daripada orang-orang yang lemah ialah suatu pengelakan daripada kekuasaan manusia kepada kekuasaan Allah Subhanahu Wata’ala dan merupakan satu paluan yang hebat terhadap mereka yang mempertuhankan manusia. Rahsia ini memang sesuai dan tepat untuk mereka yang lemah yang diperhambakan dan yang telah dianiayai, seterusnya cabaran dan tamparan yang paling hebat terhadap mereka yang mempertuhankan selain daripada Allah ‘Azza Wajalla.

Peringkat kedua

Seruan secara terang-terangan tanpa kekerasan, berjalan hingga berlakunya Hijrah.[3]

Seruan Islam telah mendapat sambutan yang tidak putus-putus dan orang ramai lelaki mahu pun perempuan sehingga menjadi buah mulut dan perbualan umum di kota Makkah.

Kemudian Allah Subhanahu Wata’ala pun meminta NabiNya supaya menjalankan tugas secara terang-terangan dengan membentangkan perkara ini kepada orang ramai serta menyeru mereka beriman denganNya.

RasuluLlah telah menjalankan tugas da’wahnya secara sulit lebih kurang tiga tahun sehingga turunnya ayat Al-Qur’an Surah Al-Hijr ayat 94:

فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ

Yang bermaksud:“Maka sampaikanlah olehmu secara terang—terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik.”

Pihak Quraisy telah menunjuk reaksi mereka terhadap seruan Nabi Muhammad SAW dengan mencemuh seruannya itu dengan alasan mereka tidak sanggup meninggalkan agama yang diwarisi dan datuk nenek mereka yang telah sebati dan menjadi darah daging.

Seruan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam terhadap puak Quraisy terang-terangan telah memeranjatkan bangsa Quraisy dan umat ‘Arab umumnya. Ini dapat dilihat dengan nyata sekali iaitu penentangan Abu Lahab semasa baginda menyeru mereka di Bukit Safa dan penyertaan puak Quraisy seluruhnya dalam usaha menentang baginda.

Segala-galanya ini adalah jawapan yang tajam kepada mereka-mereka yang mengatakan yang agama Islam ini adalah karya ilham tempatan ataupun saranan faham kebangsaan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam demi untuk mencapai cita-cita bangsa ‘Arab.

وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ

Surah Al-Syu’ara ayat 214.  Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat

Ayat ini juga adalah ayat yang mengarahkan seruan Rasulullah tersebut hendaklah dimulakan dengan golongan yang rapat dahulu.

3 noktah penting dapat dilihat dengan suruhan Allah tersebut yang telah memberi suatu gambaran yang terang mengenai peringkat tanggungjawab yang dibebankan ke atas tiap Muslim dan para penda’wah secara khusus.

Peringkat pertama ialah tanggungjawab seseorang terhadap dirinya.

Penurunan wahyu yang pertama merupakan suatu masa yang dilalui oleh RasuluLlah SAW yang memberi ketenangan dan keyakinan bahawa Baginda adalah Rasul yang benar telah diutuskan oleh Allah dan segala apa yang diwahyukan kepadanya adalah dari Allah Subhanahu Wata’ala. Segala-galanya ini memberi keyakinan yang penuh ke arah mempercayakan apa yang telah diturunkan itu serta menanamkan kepercayaan ke dalam diri sendiri terhadap apa yang diturunkan oleh Allah adalah peringkat pertama dari senarai tanggungjawab.

Peringkat kedua ialah tanggungjawab setiap Muslim terhadap kaum keluarganya kerana tiap Muslim adalah bertanggungjawab menyampaikan seruan da’wah kepada kaum keluarganya. Untuk yang demikianlah maka Tuhan telah meminta RasulNya supaya menyampaikan seruan da’wah ini kepada kaum keluarganya secara khusus. Ini bukanlah suatu tanggungjawab yang khusus kepada RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam malah kepada setiap Muslim.

Peringkat ketiga ialah tanggungjawab ‘alim ‘ulama’ terhadap kawasan daerahnya dan tanggungjawab pemerintah terhadap negara dan rakyat jelatanya.

Kedua-dua mereka ini mengambil tempat selepas RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam kerana kedua-duanya adalah warisan yang sebenar dalam Islam.

Pemerintah atau kepala negara adalah Khalifah yang bererti “pengganti bagi RasuluLlah”. Mempelajari ilmu pengetahuan dan hukum-hakam Islam adalah suatu yang wajib dilengkapkan oleh tiap pemimpin, penganjur dan pemerintah masyarakat Islam sebab tidak ada perbezaan antara kewajipan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan kewajipan yang dipertanggung jawabkan kepada mereka ini. Perbedaannya sekadar RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam menerima wahyu dan langit sedangkan mereka ini pula menjalankan mengikut apa yang telah diturunkan itu dan dan sunnah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sendiri.

Ringkasnya, RasuluLlah bertanggunggjawab terhadap dirinya sebagai seorang mukallaf, bertanggungjawab terhadap keluarganya sebagai kepala keluarga dan bertanggungjawab ‘terhadap manusia umum sebagai seorang Rasul yang diutuskan Allah Subhanahu Wata’ala.

Rujukan :

[1] Ibid, m.s. 99, jld 1.

[2] Dr Ramadhan Buti, Fiqh al-Sirah, m.s. 101, jld 1.

[3] Dr Ramadhan Buti, Fiqh al-Sirah, m.s. 109, jld 1.

Related posts

Leave a Comment