PEMBAHAGIAN RUKHSAH MENGIKUT HUKUM

Mazhab Syafie telah membahagi Rukhsah, secara ringkas, kepada wajib, sunat, harus, dan khilaf aula[1]. Pertama – Rukhsah Wajib Keringanan yang wajib dilakukan, contohnya memakan makanan yang memudaratkan adalah haram dan meminum minuman yang diharamkan, ini adalah pendapat as-Sahih serta al-Masyhur dalam mazhab Syafi’i, dan ada juga pendapat menyatakan memakan makanan yang memudaratkan atau meminum yang minuman yang diharamkan adalah dibenarkan berdasarkan kaedah; القول بالوجوب يتنافي مع الترخيص Pandangan yang mewajibkan adalah menafikan pengambilan keringanan Kewajipan adalah bercanggah dengan pemberian Rukhsah, kerana Rukhsah dibina berdasarkan peringanan, sedangkan kewajipan dibina berdasarkan kefarduan,…

Read More