Peringkat-peringkat Dakwah Islamiyyah Semasa Hidup Rasulullah

Seruan Islam semasa hidup Rasulullah telah menempuhi empat peringkat yang berlainan iaitu: Peringkat pertama: Seruan secara sulit memakan masa selama tiga tahun. Peringkat kedua: Seruan secara terang—terangan tanpa kekerasan, berjalan hingga berlakunya Hijrah. Peringkat ketiga: Dakwah secara terang-terangan menggunakan senjata untuk mempertahankan diri berjalan hingga pembukaan Makkah Al-Mukarramah. Peringkat keempat: Dakwah secara terang-terangan dan mengangkat senjata terhadap mereka yang cuba menghalang perjalanan da’wah. Dalam peringkat inilah dipraktikkan syari’at-syari’at Islam dan perintah berjihad pun diturunkan.[1] Penulisan ini akan hanya memerincikan Peringkat Pertama dan Kedua sahaja. Peringkat Pertama Seruan secara sulit memakan…

Read More