PEMBAHAGIAN RUKHSAH MENGIKUT BENTUK-BENTUK PERINGANAN

Rukhsah yang mendapat peringanan/takhfif syarak kebanyakannya dalam keadaan kecemasan terbahagi kepada tujuh bentuk-bentuk peringanan/takhfif, [1] Sebelum dicerakinkan secara mendalam, ringkasnya di paparkan seperti berikut; Peringanan Dengan Pengguguran ( تخفيف اِسقاط ) Peringanan Dengan Pengurangan ( تخفيف تنقيص ) Peringanan Dengan Penukaran ( تخفيف بالابدال ) Peringanan Dengan Mendahulukan ( تخفيف بالتقديم ) Peringanan Dengan Mengakhirkan ( تخفيف بالتأخير ) Peringanan Dengan Situasi Yang Tidak Dapat Dielakkan ( تخفيف بعموم البلوى) Peringanan Dengan Perubahan ( تخفيف بالتغيير ) Rujukan [1] Qawaied Ahkam, karya Ibnu Abdus Salam 2/8, Asybah wa Nazair karya…

Read More

BEZA RUKHSAH DENGAN TATABU’ RUKHAS

Rukhsah adalah berbeza dengan mencari-cari Rukhsah(Tatabu’ Rukhas). Tatabu’ Rukhas bermakna seseorang mencari mazhab yang paling senang dengan mempergunakan khilaf di kalangan mujtahid dengan mencampur adukkan pandangan mujtahid. Contohnya seorang yang hendak berkahwin tetapi tidak mahu menggunakan wali dalam pernikahannya dengan alasan wali bukan syarat dalam mazhab Hanafi, kemudian tidak mahu menggunakan dua orang saksi dengan alasan saksi bukannya kewajipan dalam mazhab Maliki. Mencari-cari Rukhsah(Tatabu’ Rukhas) seperti ini adalah diharamkan. Ia jelas mempermainkan agama. Dianggap juga mencari-cari Rukhsah iaitu perkara-perkara yang sesetengah mereka mengira ia termasuk kesilapan para ulama seolah-olah dia…

Read More

Kaitan dan Perbezaan Antara Rukhsah Dengan Taysir

Pengenalan Sebelum kita pergi jauh dalam pengkajian serta perbincangan mengenai elemen pemudahan/taysir dalam Syariat Islam, mestilah dibincangkan berkenaan Rukhsah atau keringanan fiqh yang dianggap sebagai separuh daripada syariat yang luas ini. Para ulama sepakat bahawa Rukhsah merupakan salah satu dari dua bahagian yang melibatkan seluruh hukum-hukum, iaitu: bahagian hukum asal/’azimah dan bahagian peringanan/Rukhsah. Rukhsah ini pada hakikatnya merupakan elemen Taysir yang paling utama di dalam syariat Islam. Takrifan Rukhsah رُخْصَةْ  Rukhsah pula adalah dari kata kerja رَخَصَ   rakhasa. Disebut أَرْخَصَ  arkhasa jika memudahkan dan menyenangkan. Rukhsah juga menunjukkan kepada kelembutan,…

Read More