BEZA RUKHSAH DENGAN TATABU’ RUKHAS

Rukhsah adalah berbeza dengan mencari-cari Rukhsah(Tatabu’ Rukhas). Tatabu’ Rukhas bermakna seseorang mencari mazhab yang paling senang dengan mempergunakan khilaf di kalangan mujtahid dengan mencampur adukkan pandangan mujtahid. Contohnya seorang yang hendak berkahwin tetapi tidak mahu menggunakan wali dalam pernikahannya dengan alasan wali bukan syarat dalam mazhab Hanafi, kemudian tidak mahu menggunakan dua orang saksi dengan alasan saksi bukannya kewajipan dalam mazhab Maliki. Mencari-cari Rukhsah(Tatabu’ Rukhas) seperti ini adalah diharamkan. Ia jelas mempermainkan agama. Dianggap juga mencari-cari Rukhsah iaitu perkara-perkara yang sesetengah mereka mengira ia termasuk kesilapan para ulama seolah-olah dia…

Read More