Tidak Harus Beri Hutang Kepada Orang Fakir & Miskin

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, menyatakan tidak harus memberi hutang kepada golongan fakir dan miskin kerana ia boleh membawa kepada permusuhan sesama manusia. Sebaliknya, terhadap golongan ini, yang diperintahkan ialah memberi bantuan dan pertolongan supaya mereka boleh keluar dari kemiskinan.

Di dalam ucap utama yang disampaikan dalam Perasmian Seminar Ekonomi Ummah anjuran Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Dr Nik Muhammad Zawawi menegaskan golongan fakir dan miskin tidak berupaya untuk membayar hutang, justeru jika mereka terbeban dengan hutang menyebabkan mereka terdorong memusuhi golongan kaya.

 Selain daripada itu, golongan kaya yang memberi hutang pula akan merasa marah disebabkan mereka yang berhutang dari kalangan fakir dan miskin tidak melunaskan hutang mereka. Situasi ini akhirnya akan mencetuskan permusuhan sehingga berlaku ketidakharmonian dalam masyarakat.

Related posts

Leave a Comment